Ular Tedung adalah
ular berbisa beberapa genus dari keluarga
Elapidae. Ia biasanya terdapat di kawasan tropika dan bergurun di
Asia dan
Afrika. Ular tedung membunuh mangsa mereka, biasanya
burung dan
tikus kecil, dengan menyuntik
neurotoksin melalui taring berliang mereka.
Ular Tedung Selar terkenal kerana makan ular yang lain; ia makan hampir sepenuhnya ular yang lain, walaupun ular berbisa (
ofiofagi). Ular tedung sembur juga mampu melemahkan mangsa dengan menyembur bisa pada mata mangsa. Ular tedung terdapat dalam pelbagai warna daripada hitam atau perang gelap dan putih kekuningan. Ular tedung hitam terdapat di India Utara dan dianggap sub-spesies ular tedung. Sifat ular tedung yang paling dikenali adalah
hud, kepingan kulit dan otot di belakang kepala yang boleh dikembangkan, kemungkinannya bertujuan menjadikan dirinya kelihatan lebih besar dan mengerunkan kepada pemangsa. Pemangsa ular tedung termasuk
cerpelai dan sesetengah
burung pemangsa."Cobra" adalah is istilah bahasa Portugis bagi ular; ia di ambil dari perkataan
Latin akhir *colobra (bagi klasik coluber, colubra). Apabila juragan Portugis tiba di persisiran Afrika dan Asia Selatan pada
abad ke 16, mereka menamakan cobra sebagai "cobra-capelo" = "ular-bertudung"; dari gabungan ini, nama tersebut diserap oleh
bahasa Sepanyol,
Perancis,
Inggeris, dan bahasa Eropah lain.Ular tedung merupakan simbol
Hindu yang penting.